Y U H A N I S S Y A E E R A R A R A ♣ !
The Queen


السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
 S T A L K E R
I'M BIG ENOUGH AND I SEE WORSE
just follow this site
tuto request are open <3
thank you

. tagboard .


URL only and not your email
harsh words are not allowed
thank you for visiting.

old stories.


big thanks.
Template by Aisyah Fatimah .
Edited by the owner .
search things from mr&mrs google .
resepi : kuih tepung bungkus
3.6.15 | 4 comments



bahan-bahan

TEPUNG BUNGKUS
(anggaran dalam 20 biji)

Langkah 1

Bahan A (inti kelapa gula melaka)

1/2 biji kelapa (kelapa yg saya gunakan agak besar)
2 1/2 ketul gula melaka
1 sudu makan gula (lebihkan/kurangkan berdasarkan citarasa anda)
1 sudu makan tepung gandum
1 1/2 cawan air
sedikit garam

Cara memasak bahan A

1. Potong gula merah menjadi ketulan kecil
2. Masukkan kelapa, air dan gula melaka kedalam kuali/periuk.
3. masak sehingga gula melaka sebati dengan kelapa. tambah 1 sudu makan gula pasir jika anda hendak sedikit manis dan masukkan sedikit garam.
3. ketika inti hampir hendak kering (biar basah sikit), masukkan tepung gandum dan kacau rata.
4. Tutup api dan sejukkan inti anda

note : Tujuan tepung gandum dimasukkan dalam inti adalah supaya inti kelihatan lembab dan tidak terlalu kering. Inilah rahsia supaya inti kelapa sedap.

Langkah 2

Bahan B

200gm tepung pulut
150ml air (+/-)

Cara membancuh bahan B

1. Masukkan tepung pulut dalam bekas.
2. Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga adunan tepung boleh diuli. Uli sebentar.
3. Sapukan sedikit minyak atas talam/bekas. Ambil bancuhan tepung pulut sebesar ibu jari dan leperkan. Masukkan inti kelapa. (terpulang kepada untuk buat sebesar mana. jika anda suka inti kelapa lebih, besarkan sedikit)
4. Buat sampai habis dan ketepikan.

Langkah 3

Bahan C

1. dua pelepas daun pisang yang telah dilap, layur atas api sehingga rata. 
2. Kerat daun pisang sebesar 2 tapak tangan (agak2lah ye). Gunting sedikit bahagian atas dan bawah daun supaya kemas. Ketepikan.

Langkah 4

Bahan D

200gm tepung beras
20gm tepung ubi
1 1/2 tsp garam (ratakan)
300ml santan (saya guna santan kotak)
700ml air

Cara-cara memasak bahan D

1. Bancuh semua bahan A sehingga rata dan sebati
2. Tapis kedalam periuk. Guna api sederhana dan kacau dengan senduk sentiasa sehingga ia pekat dan hampir keras. jangan sampai keras sangat.

CARA-CARA MEMBUNGKUS

1, Ambil daun pisang selebar 2 tapak tangan (telah digunting sedikit bahagian atas dan bawah).
2. Masukkan 1 bebola inti kelapa tadi kedalam adunan ini.
3. Tutup bebola inti ini dengan tepung dan pastikan inti dibaluti oleh adunan tepung.
Ceduk dengan sudu dan letakkan diatas daun pisang. Ulang proses untuk satu ketul inti lagi.
4. Letakkan 2 ketul bebola inti sebelah bersebelahan. Sebab itu ada yang memanggil kuih ini Puteri 2 sebilik.
5. Buat sampai habis. Jika ada lebihan adunan tepung dan bebola inti sudah tiada, anda boleh terus letakkan inti kelapa diatasnya dan bungkus.



Panaskan periuk kukus dan kukuslah selama 25 minit.



biarkan sejuk dahulu dan sedia dihidangkan












Older Post | ►

©Copyright deserved 2012-2013. | All right reserved Y U H A N I S S Y A E E R A | powered by Blogger!!